Random Posts

FILLED UNDER: Awie bakal tak lama lagi, kini sibuk menguruskan majlis perkahwinannya

FILLED UNDER:

Awie bakal tak lama lagi, kini sibuk menguruskan majlis perkahwinannya


Ketika kemelut rumah tangga bersama bekas isterinya belum berakhir sepenuhnya, pelakon dan vokalis kumpulan rock Wings, Awie dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya, dalam waktu terdekat ini.

Sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 48, kini sedang sibuk membuat persiapan terakhir bagi urusan perkahwinan ketiganya yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Pelakon filem Zombie Kampung Pisang itu juga telah membuat tempahan katering, pakaian pengantin dan sebagainya, menjelang hari bahagianya.

“Benar, Awie sedang sibuk menguruskan perkahwinannya. Jika tiada perubahan, majlis akan dilangsungkan dalam waktu terdekat ini, mungkin sehari dua lagi,” beritahu sumber terdekat dengan artis popular itu.

Difahamkan, bakal isteri Awie ialah seorang wanita daripada keluarga berketurunan Syed dan Syarifah serta sering dilihat dalam beberapa majlis hiburan sebelum ini, tetapi tidak berjaya dihidu media. Keakraban mereka sudah terjalin semenjak beberapa tahun lalu dan bermula sebagai artis dan peminat.

Awie sebelum ini berdepan dengan tuduhan mencederakan bekas isterinya, Rozana Misbun, 38, namun dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah selepas dia memohon maaf secara terbuka dan membayar denda RM10,000 kepada Rozana.

Keputusan ini dicapai setelah pihak pendakwaan dan pembelaan berjaya memperoleh kata sepakat untuk menyelesaikan masalah secara bersama, mengikut Seksyen 260 Kanun Tatacara Jenayah.

Dalam pada itu, ketika ditemui semasa pelancaran program Ceria Pop Star di sini semalam, Awie mengakui beliau sedang dalam proses mengenali seseorang dan berniat untuk melangsungkan perkahwinan dengan wanita itu.

Katanya, anak-anaknya memerlukan kasih sayang seorang ibu untuk membesar dengan baik dan kehidupan perlu diteruskan biarpun bapa kepada lima orang anak itu pernah dilanda pelbagai kontroversi melibatkan hal rumah tangga sebelum ini.

“Tidak mungkin serik untuk berkahwin. Saya lelaki dan kehidupan perlu diteruskan. Anak-anak pun memerlukan kasih sayang seorang ibu di sisi mereka, jadi saya kena cari orang lain.

“Penggantinya itu ada, kami sedang berkawan, mengenali hati budi cuma kena tunggu masalah ini selesai, baru kita cakap pasal kahwin. Ada jodoh, kahwinlah nanti,” katanya.


Sumber: Utusan





loading...

0 Response to "FILLED UNDER: Awie bakal tak lama lagi, kini sibuk menguruskan majlis perkahwinannya"

Post a Comment

ad banner